Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan

43 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online, Hello jumpa lagi di blog resipimasakan.site,Kali ini saya ingin berbagi resipi – Cara Semulajadi Atasi Penyakit Gout Dengan Berkesan – Resepi Masakan 2017,resepi masakan ayam,resepi masakan kampung,resepi masakan ikan,resepi masakan sotong,resepi masakan daging,resepi masakan melayu,resepi masakan udang,resepi masakan telur,resepi masakan ikan kembung

Gout adalah sejenis penyakit arthritis yang menyakitkan yang disebabkan oleh lebihan asid urik dalam tubuh badan. Asid urik dalam aliran darah menyebabkan kristal terhasil pada rawan tendon, sendi dan tisu lain. Tisu-tisu ini kemudiannya akan mengalami keradangan dan sering mencetuskan kesakitan yang serius tanpa diduga.

Penyakit gout lebih biasa menyerang golongan lelaki berbanding wanita. Kesakitan yang dialami paling kerap dirasai di bahagian kaki (terutamanya ibu jari). Tetapi, kesakitan juga boleh dirasai pada sendi lain seperti di pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan, jari dan siku. Sendi ini boleh membengkak dan kelihatan lebam.

Bila sakit gout menyerang, kebanyakan orang pasti mahukan sakit itu berkurangan dan lega dengan cepat. Kebiasaannya, rawatan untuk gout melibatkan ubat yang merendahkan paras asid urik seperti corticostreroid dan juga ubat tahan sakit seperti ibuprofen.

Ubat-ubatan biasanya mempunyai kesan sampingan lagi-lagi ubat tahan sakit yang sekiranya diambil terlalu kerap boleh menjejaskan buah pinggang. Jadi, selain rawatan perubatan sebaiknya ubah juga diet harian dan amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah serangan penyakit gout ini dari kerap berulang.

Punca Penyakit Gout

Penyakit gout adalah kesan dari pengumpulan asid urik selama bertahun-tahun yang dikenali sebagai hiperuricemia. Biasanya, asid urik larut dalam darah dan melalui buah pinggang untuk disingkirkan. Tetapi, bila asid urik dihasilkan terlalu banyak atau ia tidak disingkirkan melalui urin, asid urik akan berkumpul dan membentuk kristal di sendi kita.

Alkohol, sesetengah makanan dan ubatan, tekanan dan faktor genetik boleh menyebabkan paras asid urik meningkat dan seterusnya mendedahkan anda pada risiko serangan gout.

Rawatan Semulajadi Atasi Penyakit Gout

Selain rawatan dengan pengambilan ubat-ubatan, anda boleh cuba rawatan semulajadi untuk mengurangkan sakit gout dan mencegahnya dari berulang. Berikut adalah rawatan semulajadi yang boleh digunakan untuk bantu mencegah penyakit gout, mengurangkan gejalanya dan mengawal kesakitan.

1. Cuka epal

Cuka epal sangat membantu dalam merawat bengkak dan sakit gout. Sifat cuka yang berasid membantu meringankan kesakitan dan mengurangkan keradangan.

Tambah satu sudu teh cuka epal ke dalam segelas air dan minum dua hingga tiga kali sehari. Jika anda dapati cara ini sangat membantu, boleh tambah jumlah sukatan cuka epal kepada 2 sudu besar.

2. Buah ceri

Buah ceri mengandungi antioksidan yang sangat membantu mengurangkan sakit gout. Anthocyanin yang terkandung di dalam buah ceri boleh bantu mengurangkan keradangan dan gejala gout.

Cuba amalkan15-20 biji buah ceri setiap hari untuk bantu atasi sakit gout.

3. Halia

Halia mempunyai ciri-ciri anti-radang dan boleh digunakan dalam pelbagai cara sebagai rawatan untuk sakit gout. Anda boleh masukkan halia dalam masakan anda setiap hari atau rebus setengah sudu teh halia dan kemudian minum air rebusan halia tersebut.

Cara lain adalah dengan membuat pes halia dengan cara menggabungkan halia dengan air dan sapukan pada bahagian tubuh yang terjejas dan biarkan selama 30 minit. Semua cara ini dapat membantu mengurangkan sakit gout dan gejalanya.

4. Air

Sekiranya anda mengalami bengkak dan sakit gout, sangat penting untuk kekal terhidrasi dan minum banyak air. Ini akan membantu menyingkirkan asid urik dari badan anda dan seterusnya merendahkan risiko serangan gout dari berulang.

5. Pisang

Paras kalium yang tinggi dalam pisang membantu menukarkan kristal asid urik dalam badan ke dalam bentuk cecair, yang kemudiannya akan keluar dari badan melalui air kencing. Pisang juga mengandungi vitamin C, yang boleh bantu mengurangkan bengkak dan kesakitan.

Amalkan satu atau dua biji pisang sehari sebagai rawatan untuk sakit gout.

6. Air sejuk

Suhu sejuk membantu mengurangkan bengkak. Walau bagaimanapun, dalam kes gout, penting untuk merendam kawasan yang terjejas dalam air sejuk untuk melegakan kesakitan dan bukannya menggunakan ais. Ais boleh merosakkan kulit, menjadikan keadaan lebih teruk.

7. Baking soda

Baking soda boleh mengurangkan jumlah asid urik dalam tubuh, yang merupakan penyebab utama gout, dan juga melegakan sakit gout.

Campurkan setengah sudu teh ke dalam segelas air dan minum sehingga empat kali sehari selama dua minggu. Untuk yang berusia 60 tahun ke atas, amalkan minuman ini tiga kali sehari.

8. Arang Yang Diaktifkan

Rawatan menggunakan arang boleh bantu pesakit gout. Arang menyerap asid urik, yang seterusnya membantu mengurangkan kesan gout pada tubuh.

Untuk pesakit gout, boleh gunakan arang sebagai air mandian dengan cara mencampurkan setengah cawan serbuk arang dalam air mandian. Selain itu, boleh campurkan serbuk arang dengan air sehingga menjadi pes dan sapukan ke kawasan yang terjejas.

9. Garam epsom

Garam epsom mengandungi tahap magnesium yang tinggi, yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Rendam bahagian tubuh yang terjejas dalam campuran garam Epsom dengan air suam untuk melegakan rasa sakit dan untuk mengurangkan bengkak.

10. Senaman

Senaman mengurangkan tahap asid urik dalam badan dengan cara menjadikan tahap insulin normal. Senaman boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan gejala gout.

11. Lemon

Cara terbaik untuk melegakan bengkak dan sakit gout adalah dengan mengurangkan jumlah asid urik dalam aliran darah. Jus lemon membantu dalam pengalkalian tubuh dan seterusnya mengurangkan jumlah asid urik dalam badan.

Untuk pesakit gout, boleh cuba amalkan jus lemon ini tiga gelas sehari untuk mengurangkan kesakitan dan juga seterusnya mencegah serangan gout dari berulang.

12. Elakkan gula, alkohol, soda dan kafein

Dengan mengurangkan pengambilan gula, anda boleh mengurangkan risiko diserang gout. Alkohol dan kafein boleh mengakibatkan anda dehidrasi dan menyebabkan paras asid urik dalam aliran darah meningkat.

Atasi Gout Dengan Vivix Shaklee

Cara lain untuk bantu atasi gout adalah dengan mengamalkan Vivix. Ia merupakan suplemen antipenuaan yang membekalkan nutrien yang terbaik kepada sel-sel badan anda. Vivix adalah ekstrak campuran bahan semulajadi anggur muscadine, polygonum cuspidatum, purple carrot dan european elderberry yang membekalkan 16 jenis polifenol tumbuhan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda.

Apa itu polifenol? Polifenol adalah mikronutrein yang mempunyai kuasa antioksidan yang sangat kuat yang bertindak sebagai perisai melindungi sel anda dari kerosakan radikal bebas. Resveratrol iaitu polifenol yang terkandung dalam Vivix dapat bantu merendahkan paras asid urik dalam badan dan seterusnya merendahkan risiko serangan gout.


Pengambilan vivix secara berterusan dapat memperbaiki tahap kesihatan dan juga melindungi organ dalam badan daripada mengalami kerosakan. Dengan ini, organ seperti buah pinggang dapat berfungsi dengan normal dan dapat melakukan proses penyingkiran asid urik dengan jayanya seterusnya dapat mencegah serangan gout dari berulang. Selain itu, vivix mempunyai sifat anti-keradangan yang dapat bantu mengurangkan kesakitan akibat serangan gout.


Feedback Pengguna

Untuk mengatasi gout dan mencegahnya dari berulang, pemakanan wajib dikawal. Kena selalu beringat untuk menghadkan pengambilan makanan yang boleh mencetuskan serangan gout. Pengambilan suplemen yang betul secara berterusan juga membantu mengatasi gout dari berulang.

Jangan bertangguh lagi. Cegah sebelum parah. Hubungi saya segera untuk dapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk ini.


Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!

Untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi, boleh terus hubungi saya di talian 012-9402603.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Jangan ragu-ragu untuk hubungi saya.
Saya sedia untuk membantu.

Shikin Satiman
ID : 1147051
Whatsapp/Call : 012-9402603
Emel : [email protected]mail.com
Fb : shikin satiman
Ig : vitamin_sihat_semulajadi

Kawasan COD : Hulu Langat – Bandar Mahkota Cheras – Ampang – Bandar Tun Hussien Onn

Pos seluruh Malaysia

*Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah sebarang penyakit.

Tags: #dengan #diaktifkan #garam #halia #kebiasaannya #king #pengambilan #penyakit #resveratrol