Resepi Lasagna Cheese Sedap JOM Tengok!

195 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online 2017 Resepi Lasagna Cheese Sedap JOM Tengok! Resipi Masakan 2017,Ayam,Jagung,resipi, kongsi resepi, myresepi, petua tradisional dan petua memasak,Petua Online

Saya sangat suka cheese dan hampir semua masakan yang dibuat dengan cheese saya sangat menggemarinya. hari ini saya ingin berkongsi resepi yang tidak jauh dengan cheese iaitu resepi lasagna cheese. kamu penrah cuba tak? apabila belum pernah sebaiknya tengok resepi ini dan kamu segera cuba.

pertama kali saya cuba lasagna cheese adalah ketika bulan ramadhan, apabila bulan ramadhan memang saya teringin macam-macam. bahkan saya sengaja sering pergi ke Bazaar Ramadhan hanya untuk membeli pelbagai makanan.. hihihi..

Lasagna Cheese Sedap

Resepi Lasagna Cheese

sebenarnya, ini adalah kali pertama saya buat lasagna kerana tiba-tiba mood saya lebih rajin kat dapur. mungkin kerana saya suka berbuka puasa bersama dengan keluarga di rumah. jadi walaupun saya sering pergi ke bazaar ramadhan hanya membeli makanan sahaja dan dibawa ke rumah.

sudah banyaaaaak yang kongsikan resepi ini kat cik google, tetapi saya ingin share jugak mungkin boleh memberi manfaat untuk kamu yang melawat ke blog saya yang sederhana ini. saya suka lasagna kerana resepi ini sangat ringkas, mudah dan senang buat tetapi sangat sedap.

supaya mendapatkan rasa yang sangat sedap kamu cuma perlu menyediakan bahan-bahan yang berkualiti dan lasagna cheese ini menggunakan 3 jenis cheese iaitu mozarella, cheddar, dan parmesan. resepi ini tidak susah sangat disediakan jadi apabila anda mahu cuba pastilah menjadi, jom kita layan resepinya yang sedap tersebut dibawah..

Sumber : AyueIdris.com

Bahan-Bahan Inti Daging

  • 6 ulas bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu sos cili
  • 3 ulas bawang merah – potong dadu
  • 1 sudu lada hitam
  • 2 sudu serbuk oregano
  • 1 pack daging kisar ramlee
  • 1 tin cendawan – hiris
  • 1 tin sos spaghetti kimball
  • 1/2 batang carrot – potong dadu
  • 1/2 sudu garam
  • 1 sudu gula

Cara – Cara

1. rebus lasagna instant sheet sehingga boleh dilentur tetapi jangan sampai masak. kemudian toskan dan susun diatas dulang tetapi ingat jangan sampai bertindih ya.

Resepi Lasagna Cheese

2. panaskan minyak kemudian tumis bawang putih bersama bawang merah hingga harum. selepas itu masukkan daging kisar ramlee kemudian masak hingga air daging kering. masukkan sos spaghetti, masak sekejap dan masukkan carrot, cendawan, serbuk oregano, masak sekejap dan perasakan dengan gula dan garam. ketepikan.

Bahan-Bahan Sos Putih

  • 2 sudu tepung gandum 
  • 2 sudu mentega
  • 1 pack cheddar cheese
  • 2 cawan susu segar
  •  sedikit garam

sebenarnya, apabila nak buat sos boleh mengikut seusia cita rasa masing-masing. tetapi sos yang akan saya kongsikan ini sangat kaya rasa dengan cheese. jugak sangat creamy. sos ini sangat sesuai dihidangkan bersama salmon steak atau spaghetti.

Cara-Cara

1. panaskan mentega hingga ianya cair selepas itu masukkan tepung gandum dan masak hingga kekuningan. kemudian masukkan susu segar dan gaul hingga rata.

Resepi Lasagna Cheese

2. masukkan cheddar cheese dan gaul rata hingga semua cheese menjadi cair. selepas itu masukkan sedikit garam dan masak sekejap hingga sos menjadi likat.

Bahan-Bahan Layer Lasagna

  • Mozarella Cheese
  • Parmesan Cheese

Cara Membuat Lasagna Cheese

1. sapukan loyang dengan mentega kemudian letak lasagna sheet dilapisan paling bawah. kemudian masukkan daging inti hingga menutupi semua bahagian lapisan bawah.

Resepi Lasagna

2. layerka inti daging dan sos putih, selepas itu taburkan Parmesan Cheese dan Mozarella cheese. ulangi proses tadi hingga loyang penuh.

Resepi Lasagna Cheese

3. akhir sekali, panaskan oven bersuhu 160″C dan bakar selama lebih kurang 40 minit atau hingga masak. angkat dan hidangkan bersama sos putih.. emmm sedaaap.

Resepi Lasagna Cheese

terima kasih kepada Ayue Idris karena sudah sudi berkongsi resepi lasagna cheese yang sangat sedap ini. semoga beliau mendapat pahala kerana sudah berkongsi. makanan ini sangat mahal jugak mengandungi gula jadi boleh membuat berat badan kita naik apabila makan selalu. hihihi

Resepi Lasagna Cheese Sedap JOM Tengok!