Resepi Nasi Daging Utara!! (SbS)

16 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online 2017 Resepi Nasi Daging Utara!! (SbS) Resipi Masakan 2017,Ayam,Jagung,resipi, kongsi resepi, myresepi, petua tradisional dan petua memasak,Petua Online

Resepi Nasi Daging Utara!! | Hye Assalamualaikum , hari ni saya masak Nasi Daging Utara. one of my fav gak ni.. hubby orang utara.. so kena la belajaq masak.. hihi, hari ni saya rajin nak tunjuk step by step cara saya masak nasi daging + ayaq asam tomato… P/s: saya izinkan semua share. saya halalkan dunia akhirat.. insya Allah..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)

Resepi Nasi Daging Utara!!

Ni daging 1/2 kg je.. potong besar-besar camni

Bahan-bahan untuk masak daging:

2s.bsr jintan putih

1 s.bsr lada hitam

halia 1inci

bawang besar 2 biji

bawang putih 2,3 ulas

tumbuk semua.. kalu malas, blend kan je..

Tumis bawang dan halia tadi sampai wangi

Dah wangi baru masuk daging biarkan sekejap, sampai keluar air daging

Letak air banyak sampai tenggelam, perasakan dengan garam, masak sampi daging empuk

Dah empuk, asing kan daging dengan sup tadi… jangan buang sup tu, sebab nak guna untuk masak nasi nanti..

Ok ni bahan-bahan untuk masak nasi:

bawang besar

bawang putih

halia

daun pandan

4 sekawan

3/4 cawan susu cair dan minyak sapi

saya xde so gantikan dengan butter pun boleh.. bahan ni untuk 3 pot beras

Sementara tu basuh beras dan rendam sekejap dalam 5-8 min jangan lama sangat nanti beras hancur pulak..

Sukatan untuk beras dan sup mesti sama tau, sebab beras dah kembang… kang lembik nasi xsedap..

Panaskan minyak dan butter

dalam 2,3 sudu… kena sebab butter pta tahap kepanasan x sama macam minyak… takut xdan bawang2 garing butter dah hangus

Tumis bebawang tadi sampai naik bau, jangan hangus, nanti nasi rasa pahit

Ok masuk daun pandan… ada orang suka boh daun pndan last sekali, tapi saya suka tumis sekali sebab bau dia yang wangi tu mengancam berbanding bila letak kemudian…

Masuk kan beras tadi, kacau-kacau kejap

Ok ni sup dari air rebusan daging tadi.. sama tau sukatan dengan beras tadi

Masukkan susu cair

Masukkan daging tadi, kemudian tutup api dan bolehlah pindahkan ke rice cooker

Ni bahan-bahan untuk ayaq asam tomato.. huhu, tengok sendiri lah eh.. boleh faham kan apa bahannya.. dah malas nak taip.. hahahaha

Potong dan boh semua dalam blender kecuali tomato dan bawang tapi ni saya letak gak tomato sebiji, garam, gula dan aji sikit

Dah blender sampai hancur letak air limau dalam 2 tutup botol tu, kalau xde pakai limau kasturi je..

Dah siap ayaq asam tomato kita.. rasa dulu apa yang kurang, kalu pedas sangat tambah gula sikit.. kalau kurang masam tambah lagi air limau.

**lupa, kalu nak lagi sedap tambah sesudu kerisik… yums..

Taraa..dah siap nasi kita…

Walllaaahhh…. dah boleh makan lah kalau cmni… hihi, so suma pun boleh cuba dan rasa.. sekian cara saya masak nasi daging utara + ayaq asam tomato…

Selamat mencuba..

Jangan lupa share..

About Aneka Resepi Masakan

Blog yang mengumpulkan pelbagai jenis resepi terbaik untuk semua pengunjung. Terima kasih kerana terus setia bersama kami. Like Page Kami untuk memudahkan anda semua mendapatkan resepi – resepi terbaru yang enak dan lazat. Nyum! Resepi Tutorial Terbaek

Resepi Nasi Daging Utara!! (SbS)