Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus!! (MsB)

190 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online, Hello jumpa lagi di blog resipimasakan.site,Kali ini saya ingin berbagi resipi – Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus!! (MsB) – Resepi Masakan 2017,resepi masakan ayam,resepi masakan kampung,resepi masakan ikan,resepi masakan sotong,resepi masakan daging,resepi masakan melayu,resepi masakan udang,resepi masakan telur,resepi masakan ikan kembung

Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus!!
Ini kesinambungan daripada resepi sebelum ini iaitu aiskrim goreng. Oleh kerana ada lebihan roti lepas buat aiskrim goreng, boleh lah buat resepi ini pula…. Resepi kat bawah yekk.. Aummm……
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (MsB)…
Lihat : Cara Buat Aiskrim Goreng
Resepi & cara buat ada pada setiap gambar

Nampak tak lebihan roti kita guna buat aiskrim goreng tadi.. Takkan nak buang kot sayang dan membazir la kan. Jommm start resepi seterusnya jeng jeng jeng..

Ok ni bahan-bahan untuk buat puding roti karamel.
Roti dalam 4 keping
(tapi yang ini saya pakai 6 sebab kat tengah ada lubang kan so lebih kurang la)
Telur Gred B 4 biji
(kalau gred A 3 biji pun dah cukup)
Gula pasir 3 sudu besar
Susu cair 1 tin
Susu pekat 3/4 tin
Air suam 1 tin
(sukat guna tin susu)
Esen vanilla

Ok mula-mula masak gula 3 sudu sampai bertukar kaler perang.

Ok bila dah jadi cmni baru masukkan sedikit air kacau-kacau sampai sebati pastu tutup api.

Pastu tuang dalam loyang & ratakan

Pastu carik-carik kan roti dengan susu cair, susu pekat dengan air suam pastu blend sampai sebati.

Sementara tu pukul telur sampai hancur pastu tapis & masukkan dlm adunan roti+susu tadi blend lagi sampai sebati.

Hihihi lupa nak bagitau lepas masukkan telur tadi masukkan esen vanilla 2 3 titik dulu baru blend yer.

Pastu masukkan la adunan tadi dalam loyang yang ada gula karamel tadi (saya tapis dulu) Pastikan panaskan dulu periuk kukus kita yer.

Ok tutup periuk kukus pastu kukus jer la dalam anggaran 45 minit – 1 jam. Tengok sendiri la dah masak ke belum yer

Nampak x dia dah naik setinggi gunung. Hahaha..
Kalau agak dah masak tutup la api

Ya Allah wanginya harum semerbak 1 umah.
Bila dah masak angkat letak kat luar kejap pastu terbalikkan dalam pinggan pastu masukkan dalam peti ais ok.

Tarraa siap dah pun dah boleh la makan. Abaikan rupa yang tak berapa lawa tu sebab yang ni versi express janji sedap sudah kan

Nyum3 sedapnya x terkata.. malas nak cakap apa dah try la buat sendiri kalau nak tau sedap ke x. Hihihi
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Sumber : FB Ana Mariana Ismail
Jum Like : Aneka Resepi Masakan

Incoming search terms:

Tags: #aneka #aneka-resepi #goreng #kuih/kek/biskut #mariana #pastu #resepi #selamat #takkan