Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap

205 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online 2017 Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap Resipi Masakan 2017,Ayam,Jagung,resipi, kongsi resepi, myresepi, petua tradisional dan petua memasak,Petua Online

Assalammualaikum jumpa lagi di blogopsi.com hari ini saya ingin berkongsi resepi sambal tumis udang, apabila anda pernah cuba makan sambal udang ini pasti lah setuju dengan saya, rasanya amat sedap dan menyelerakan kan?

kebetulan hari ini saya tengah bercuti jadi saya manfaatkan masa untuk berkongsi resepi, rasa-rasanya sudah lama saya tidak berkongsi mungkin sudah 2 minggu lepas. maklum saya adalah wanita yang sibuk. tetapi sebagai suri rumah memasak adalah wajib, kan?

Resepi Sambal Tumis Udang

Resepi Sambal Tumis Udang

yang paling saya suka dari sambal udang ini selain rasanya yang sedap dan bahn-bahan yang digunakan amat ringkas adalah penyediaanya tidak memerlukan masa yang panjang. sangat sesuai untuk anda cuba apabila anda termasuk orang yang sibuk macam saya.

resepi ini akan lebih sedap apabila anda menggunakan udang yang masih segar, sebab rasa manis udang yang masih segar akan menambah rasa lazat pada kuah. sambal udang sangat sesuai apabila dijadikan sebagai menu hidangan tengah hari dan disediakan bersama nasi putih panas atau nasi lemak. emmmm percaya tak, saya menulis ini sambil menelan air liur kerana membayangkan kelezatan dari sambal ini.

saya tengok kat cik google sebenarnya sudah banyak yang kongsikan resepi sambal tumis udang, tetapi tak apa-apa kan saya ikut kongsikan resepi ini jugak. sebab saya sangat berharap blog ini boleh dijadikan rujukkan oleh generasi di masa hadapan.

sebelum kita mula resepi, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya ini, blog ini inshaa allah akan terus ada di Internet apabila anda mahu untuk melawat. oke kembali ke resepi, resepi ini saya pelajari dari kawan di Terengganu. kawan saya tu memang pandai sangat buat sambal udang ini.

Resepi Sambal Udang

terima kasih kepada beliau kerana sudah sudi share ilmu ini kepada saya, jom kita layan resepi sambal tumis udang yang sedap dan ringkas di bawah..

Bahan-Bahan

  • 4 cawan udang (500 gm) – bersihkan dan buang kepala bila suka
  • 1 labu bawang besar – hiris
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 sudu besar sos tiram – opsyenal

Bahan Kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 inchi halia
  • 4 ulas bawang merah
  • 10 tangkai cili kering – rebus sekejap dan kisar bersama bahan lain

Cara Membuat Sambal Tumis Udang

1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan kisa hingga pecah minyak dan naik bau, tuangkan air panas sedikit demi sedikit dan maska kembali sampai terbit minyak dan menggelegak.

2. apabila sudah menggelegak masukkan sos tiram dan air asam jawa, kemudian masak kembali hingga ianya hampir kering. apabila anda suka petai boleh masukkan petai.

3. lepas itu masukkan udang bersama gula dan garam. masak sekejap dan masukkan bawang besar yang sudah dihiris tadi. masak hingga udang masak dan pecah minyak.

Sambal Tumis Udang Petai

apabila anda membuat sambal tumis udang mesti berhati-hati ketika memasukkan udang sebab apabila udang dimasukkan terlalu cepat ianya akan mengecut. mudah dan ringkas sahaja kan resepi ini. apabila bermanfaat sila share, selamat mencuba 🙂

Resepi Sambal Tumis Udang Paling Sedap