Resepi Sandwich Sardin Paling Sedap dan Mudah

201 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online 2017 Resepi Sandwich Sardin Paling Sedap dan Mudah Resipi Masakan 2017,Ayam,Jagung,resipi, kongsi resepi, myresepi, petua tradisional dan petua memasak,Petua Online

Assalamualaikum sudah lama saya tak makan ikan, hari ini saya ingin berkongsi resepi sandwich sardin sedap. sudah lama saya tahu cara buat sandwich sardin ni. tetapi kalau buat sendiri rasanya biasa sahaja. tetapi selepas makan sandwich yang kawan saya kongsikan kat FB, rasanya sangat sedap.

yang paling saya suka dari resepi ini adalah kerana sangat mudah dan ringkas, malah rasanya semua orang tau buat sandwich sardin. sebenarnya, saya malas untuk kongsikan resepi ini kerana saya fikir semua orang pasti lah tahu cara buatnya.

tetapi, beberapa hari lepas saya dapat E-mail dari pembaca blogopsi.com yang masih di bangku sekolah. dianya meminta saya untuk berkongsi resepi ini. saya sangat terharu bila ada anak-anak yang mahu rajin belajar membuat resepi-resepi ringkas macam ini.

Resepi Sandwich Sardin

Resepi Sandwich Sardin

sebenarnya, saya tengok kat cik google sudah banyak yang berkongsi resepi ini. tetapi saya fikir lain orang lain cara dan resepinya. tetapi saya mempercayai resepi yang mereka kongsikan pasti lah sedap kerana sudah di ubah sesuaikan dengan kretiviti masing-masing.

mungkin anda tertanya “kenapa banyak blogger yang susah-susah buat resepi kemudian mereka kongsikan resepi kreativitinya kat blog?” mungkin jawapan setiap blogger berbeza tetapi bagi saya sendiri sangat gembira dan berbangga apabila resepi yang saya buat boleh membantu orang lain.

oke kembali ke resepi, resepi yang saya kongsikan ini lebih kepada anak-anak yang baru belajar memasak, jadi pastinya sangat mudah ringkas. jom kita layan resepinya dibawah..

Imej Sandwich Sardin

Bahan-Bahan

  • 1 tin sardin saiz besar
  • 4 ulas bawang merah – hiris
  • 2 labu bawang besar – kupas dan cincang dadu
  • 4 biji cili merah
  • 1 buku roti
  • 1 biji timun – hiris nipis
  • 1 ikat daun salad
  • 1 biji tomato buah – hiris nipis
  • butter secukupnya
  • 4 sudu besar mayonis
  • garam secukupnya
  • 1 biji limau nipis
  • minyak masak 

Cara Membuat Sandwich Sardin

1. ambil 1 tin sardin kemudian pisahkan kuah dan tulang kerana kita hanya akan mengambil isi, kemudian hancurkan isi sardin dan ketepikan sekejap.

2. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar yang sudah di cincang dadu, kemudian masukkan isi sardin yang sudah dihancurkan tadi.

Gambar Resepi Sandwich Sardin

3. perahkan limau nipis ke dalam bahan yang dimasak tadi dan kacau hingga kering. kemudian masukkan cili merah dan garam secukupnya. kacau hingga rata kemudian matikan api dan gaul dengan mayonaise.

Gambar Sandwich Sardin

4. akhir sekali, sapukan butter pada roti kemudian letakkan timun, tomato, daun salad, dan sardin. tutupkan dengan roti. 

resepi ini sangat sesuai untuk dicuba apabila anda anak-anak yang memasak sendiri kerana jauh dari ibu bapa. apabila resepi ini bermanfaat sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Resepi Sandwich Sardin Paling Sedap dan Mudah