Tumis tempoyak udang

201 views

Resipi Masakan Nusantara Dan Petua Online, Hello jumpa lagi di blog resipimasakan.site,Kali ini saya ingin berbagi resipi – Tumis tempoyak udang – Resepi Masakan 2017,resepi masakan ayam,resepi masakan kampung,resepi masakan ikan,resepi masakan sotong,resepi masakan daging,resepi masakan melayu,resepi masakan udang,resepi masakan telur,resepi masakan ikan kembung

Alhamdulillah sedap ^_^
BAHAN-BAHAN :-
500 grm udang – dibersih buang kepala dan ekor
1 biji bawang besar – dipotong berbaji
Garam dan gula secukup rasa
2-3 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping – jika perlu

BAHAN-BAHAN DITUMBUK LUMAT ATAU DIKISAR :-
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
1 batang serai
1 cm kunyit hidup

* boleh tambah cili api jika suka pedas


CARA MEMASAK :-
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali . Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan kacau sampai layu dan terbit bau wangi kemudian masukkan tempoyak . Kacau semua bahan dan biarkan sambal menjadi masak serta pecah minyak . Jika sambal nampak kering boleh ditambah minyak masak lagi .

– Masukkan bawang besar dan dikacau sekali sekala semua bahan , biarkan bawang besar layu . Masukkan semua udang dan dikacau rata semua bahan . Rasa sambal jika kurang masam baru ditambah sedikit asam keping atau jus limau nipis . Rasa garam jika kurang boleh ditambah dan gaul semua bahan supaya menjadi sekata dan jika kurang manis boleh ditambah sedikit gula , bila udang dah masak boleh la ditutup api dapur . Tambah atau kurang bahan ikut selera sendiri .

Tags: #alhamdulillah #asam-keping #gulai tempoyak #kacau #lumat #masukkan #masukkan-bawang #memasak #secukup-rasa2-3 #supaya-menjadi